Saturday, 8 December 2018

SENARAI PELAJAR LAYAK KE DIPLOMA 2019

TUNGGU..... 25.12.2018

PROGRAM ELEKTRIK

PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN (BPP)


PROGRAM TEKNOLOGI KIMPALAN (MTK)


PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK (ETN)


PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF (MTA)


PROGRAM TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (MPI)


PROGRAM PEMBINAAN

PEJABAT KVLC



Pengarah
Kolej Vokasional Lebuh Cator
Ipoh
Perak Darul Ridzuan
30450
Malaysia

TEL : +6052549151

FAX : +6052549151




PETA LOKASI


KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR: PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2019 KOLEJ VOKAS...

KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR: PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2019 KOLEJ VOKAS...:           PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2019 KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR KLIK LINK BERIKUT UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN S...

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2019 KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR


          PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BARU 2019 KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR



KLIK LINK BERIKUT UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN (online)


KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR MENAWARKAN :
 1.    PROGRAM SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA
Pengiktirafan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, LPM - Pembelajaran Semester (4 Semester) selama 2 tahun.
       Bidang :                 i.     PENGURUSAN PERNIAGAAN (BPP)
                                   ii.     TEKNOLOGI KIMPALAN (MTK)
                                  iii.     TEKNOLOGI ELEKTRONIK (ETN)
                                  iv.     TEKNOLOGI AUTOMOTIF (MTA)
                                   v.     TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI (MPI)
Syarat Kemasukan :
✅ Warganegara Malaysia
✅ Menduduki PT3 tahun semasa di sekolah kerajaan @ bantuan kerajaan
✅ Sihat tubuh badan
✅ Tidak rabun warna @ buta warna (Bagi Program Elektronik dan Elektrik)
✅ Minat yang tinggi dengan program yang dipohon
✅ Minima Gred D dalam matapelajaran Bahasa Melayu & Kemahiran Hidup dalam keputusan PT3
✅ Minima Band 3 dalam matapelajaran BM, BI, MT, SN & KH dalam pencapaian Pentaksiran Sekolah - PS
    Klik untuk Mohon : https://sptv.moe.gov.my/

2.   ALIRAN KEMAHIRAN (SKM)
      - Pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap  oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK
      - Pembelajaran selama 2 tahun
         Bidang :            i.    ELEKTRIK
                                ii.    PEMBINAAN
                                iii.    AUTOMOTIF ( calon PAV dari SMK Kg. Dato' Ahmad Said)
Syarat Kemasukan : 
✅ Warganegara Malaysia
✅ Menduduki PT3 tahun semasa di sekolah kerajaan @ bantuan kerajaan
✅ Minat yang tinggi dengan program yang dipohon

3.   ALIRAN KEMAHIRAN (SLDN) - Pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap  oleh JPK
      Bidang :            i.    PEMBINAAN
Syarat Kemasukan :
✅ Warganegara Malaysia
✅ Menduduki PT3 tahun semasa di sekolah kerajaan @ bantuan kerajaan
✅ Minat yang tinggi dengan program yang dipohon

Sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut, tuan/puan boleh terus berhubung dengan:
1. Telefon Pejabat : 052549151
1. TPSA : 0193516108 (TN HJ SHAMSUL)
2. KUHEP: 01158201854 ( EN SAIDIN )
3. KUPA : 0194355468 ( EN AHMAD ANUAR)

Sejarah Penubuhan KVLC



          Sejarah Penubuhan KVLC


         Sekolah ini ditubuhkan pada 1930 dan dikenali sebagai ‘Government Trade School. Pada peringkat awal penubuhannya, institusi ini hanya mengambil 28 orang pelajar sahaja. Tujuan penubuhannya ialah untuk mengisi tenaga kerja di Bengkel Pusat Kereta Api di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada Tahun 1950, sekolah ini ditukarkan namanya kepada ‘Junior Technical Trade School’. Kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Mekanikal, Amalan bengkel Bata dan Kayu serta Kejuruteraan Elektrik dan Kimpalan.
           ‘Junior Trade School’ kemudiannya dinaikkan taraf kepada ‘Secondary Trade School’ pada 1 Januari 1963 dengan mengambil pelajar-pelajar lepasan tingkatan 3, di sekolah-sekolah akademik. Dua kursus baru telah diperkenalkan iaitu Automotif serta Servis Radio dan Televisyen.
         Sekali lagi nama sekolah ini ditukarjan kepada Sekolah Menengah Vokasional pada tahun 1968. Syarat minima kemasukan ialah pangkat S dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP), tetapi mesti lulus Bahasa Malaysia dan mana-mana dua mata pelajaran lain, dan salah satu daripadanya ialah Matematik, Sains atau Seni Ketukangan. Kursus yang ditawarkan mengambil masa dua tahun. Mereka akan menduduki Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPMV) pada akhir pengajian.
          Pada tahun 1988, Sekolah Menengah Vokasional, Ipoh menjadi perintis kepada dua aliran pendidikan iaitu Vokasional dan Kemahiran. Syarat minima kemasukan pada ketika itu ialah pangkat A atau B dalam Sijil Rendah Pelajaran untuk aliran vokasional manakala pangkat C atau S untuk aliran kemahiran.
         Bermula pada 1 Januari 1997, sekolah ini sekali lagi dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, apabila menawarkan aliran-aliran Teknikal selain aliran Vokasional dan Kemahiran. Pada ketika itu, Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator, Ipoh menawarkan satu lagi aliran teknikal iaitu perdagangan, selain tujuh aliran Vokasional dan satu aliran Kemahiran iaitu ‘kursus Juruelektrik.
          Pada tahun 2010, sekali lagi Sekolah Menengah Teknik Lebuh Cator bertukar semula kepada Sekolah Menengah Vokasional yang lebih berfokus kepada bidang kemahiran. Kelas-kelas vokasional ditambahkan dan pengambilan pelaja-pelajar yang berteraskan kemahiran ditingkatkan manakala pengambilan pelajar tingkatan empat aliran teknikal dibekukan. Guru-guru juga turut dihantar menghadiri kursus-kursus mengikut bidang masing-masing bagi tujuan memrrtabatkan lagi bidang vokasional dan akhirnya dapat menyumbang kepada peningkatan pencapaian bidang vokasional dan pembangunan serta pendapatan Negara.
       Akhirnya, pada tahun 2013, sekolah ini dikenali sebagai Kolej Vokasional Lebuh Cator, perubahan ini selaras dengan Pelan Transformasi Pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan

Diploma Teknologi Pembinaan


          Diploma Teknologi Pembinaan


Pengenalan Program Teknologi Pembinaan
Program Teknologi Pembinaan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Latihan yang diberikan merangkumi kerja-kerja asas pembinaan bangunan bermula dari kerja-kerja merancang dan menyediakan plan, anggaran bahan, penyediaan tapak bina, kerja-kerja pembinaan termasuk kerja-kerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerja-kerja penyudahan dan penyerahan bangunan.  Selain kemahiran teknikal ini, para pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.
Di akhir semester 4, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 5 bulan bagi mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
Tempoh pengajian program ini selama 5 Semester.

Prospek Kerjaya
  • Pelajar yang tamat dengan jayanya mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja di sektor pembinaan sebagai Penyelia Binaan atau Pembantu Teknik Teknologi Binaan. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA dan IPTS.

Matlamat Pendidikan Program / Programme Educational Objectif  (PEO)
        Program Diploma Teknologi Pembinaan mampu menghasilkan Penyelia Pembinaan yang :
  • Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Pembinaan;
  • Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi;
  • Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan;
  • Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Teknologi Pembinaan.

Hasil Pembelajaran Program/ Programme Learning Outcome  (PLO)
          Di akhir Program Diploma Teknologi Pembinaan pelajar akan boleh:
  • [ LO 1 ] Memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan matematik, sains, dan asas prinsip  bidang kejuruteraan dan Teknologi Pembinaan.
  • [ LO 2 ] Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam bidang Teknologi Pembinaan.
  • [ LO 3 ] Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang Teknologi Pembinaan.
  • [ LO 4 ] Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan serta masyarakat.
  • [ LO 5 ] Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan pelbagai bidang tugas.
  • [ LO 6 ] Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion.
  • [ LO 7 ] Menyedari keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat.
  • [ LO 8 ] Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya.
  • [ LO 9 ] Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang berkualiti serta efektif.

Diploma Teknologi Pemesinan Industri


          Diploma Teknologi Pemesinan Industri


Pengenalan Program Teknologi Pemesinan Industri
Program Teknologi Pemesinan Industri ini direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mereka bentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Program ini mengandungi duti-duti yang merangkumi aspek yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai jenis konvensional dan CNC, Penggunaan Mesin EDM Die Sinking dan Wire Cut. Pelajar-pelajar  juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan.  Selain kemahiran teknikal ini, para pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.
Di akhir semester 4, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 5 bulan bagi mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 5 Semester.

Prospek Kerjaya
  • Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.
  • Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA dan IPTS.

Matlamat Pendidikan Program / Programme Educational Objectif  (PEO)
        Program Diploma  Teknologi Pemesinan Industri mampu menghasilkan Pembantu Jurutera yang :
  • Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Pemesinan Industri;
  • Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi;
  • Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan;
  • Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Teknologi Pemesinan Industri.
Hasil Pembelajaran Program/ Programme Learning Outcome  (PLO)
          Di akhir Program Diploma Pemesinan Industri pelajar akan boleh:
  • [ LO 1 ] Memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan matematik, sains, dan asas prinsip  bidang kejuruteraan dan Teknologi Pemesinan Industri..
  • [ LO 2 ] Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri..
  • [ LO 3 ] Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang Teknologi Pemesinan Industri..
  • [ LO 4 ] Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan serta masyarakat.
  • [ LO 5 ] Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan pelbagai bidang tugas.
  • [ LO 6 ] Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion.
  • [ LO 7 ] Menyedari keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat.
  • [ LO 8 ] Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya.
  • [ LO 9 ] Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang berkualiti serta efektif.

Diploma Teknologi Automotif


          Diploma Teknologi Automotif


Pengenalan Program Teknologi Automotif
Program Teknologi Automotif mula ditawarkan di Kolej Vokasional Lebuh Cator pada tahun 2013. Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama 2 tahun 5 bulan. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, melakukankan kerja amali dan menjalani latihan industri sepanjang tempoh pengajian.Pelajar bagi program ini akan memperolehi latihan kemahiran dalam sistem Automotif, menghasilkan lukisan litar skematik, membuat pemasangan dan penyelenggaraan sistem-sistem kenderaan automotif, kawalan kualiti, kemahiran penyeliaan, kemahiran komunikasi, pengurusan organisasi dan membangunkan projek Automotif. Selain kemahiran teknikal ini, para pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri.
Di akhir semester 4, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 5 bulan bagi mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
Tempoh pengajian program ini selama 5 Semester.

Prospek Kerjaya
  • Penolong Jurutera Automotif di dalam bidang teknologi automotif.

Matlamat Pendidikan Program / Programme Educational Objectif  (PEO)
        Program Diploma Teknologi Automotif mampu menghasilkan Pembantu Jurutera Automotif yang :
  • Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Automotif;
  • Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi;
  • Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan; dan
  • Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Teknologi Automotif.

Diploma Teknologi Kimpalan


          Diploma Teknologi Kimpalan


Pengenalan
Dalam program Diploma Teknologi Kimpalan, pelajar didedahkan tentang kaedah dan teknik mengimpal dalam pelbagai kedudukan mengimpal yang melibatkan kimpalan arka berperisai (SMAW), kimpalan arka gas logam (GMAW), kimpalan arka logam gas tungsten (GTAW), dan kimpalan arka logam gas lakur (FCAW).  Pelajar juga didedahkan dengan kaedah pemotongan oksiasetilena dan pemotongan kaedah mekanikal. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kaedah pemeriksaan kimpalan yang meliputi ujian musnah (DT) dan ujian tanpa musnah (NDT).   Pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan dan penyeliaan dalam industri kimpalan. Selain kemahiran teknikal ini, para pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri. 
Setelah berakhir semester 4, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 5 bulan bagi mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
Tempoh pengajian program ini adalah selama 5 Semester.
Prospek Kerjaya
  • Pembantu jurutera kimpalan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan, menjadi usahawan dan pelajar juga boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Pusat Latihan Awam dan swasta.
Matlamat Pendidikan Program / Programme Educational Objectif  (PEO)
          Program Diploma Teknologi Kimpalan mampu menghasilkan Pembantu Jurutera Kimpalan yang :
  • Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam disiplin Teknologi Kimpalan;
  • Efektif dalam komunikasi dan memaparkan ciri kepimpinan yang baik dalam sebuah organisasi;
  • Mampu menyelesaikan masalah operasi secara beretika dengan pendekatan yang inovatif, kreatif dan mampan;
  • Berupaya mengamalkan kemahiran keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat selari dengan perubahan persekitaran bagi disiplin Teknologi Kimpalan.
Hasil Pembelajaran Program/ Programme Learning Outcome  (PLO)
          Di akhir Program Diploma Teknologi Kimpalan pelajar akan boleh:
  • [ LO 1 ] Memperoleh dan mengaplikasikan pengetahuan matematik, sains, dan asas prinsip  bidang kejuruteraan dan Teknologi Kimpalan.
  • [ LO 2 ] Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam bidang Teknologi Kimpalan.
  • [ LO 3 ] Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara kreatif, inovatif dan efektif dalam bidang Teknologi Kimpalan.
  • [ LO 4 ] Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sejawat, dan ahli profesional lain dalam komuniti kejuruteraan serta masyarakat.
  • [ LO 5 ] Berfungsi dengan berkesan dan bertanggungjawab sebagai individu dan ahli pasukan dalam melaksanakan pelbagai bidang tugas.
  • [ LO 6 ] Memahami serta memberi komitmen secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selari dengan kod amalan profesion.
  • [ LO 7 ] Menyedari keperluan pembangunan profesional berterusan dan melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat.
  • [ LO 8 ] Memotivasi diri dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi tujuan kemajuan kerjaya.
  • [ LO 9 ] Menyedari dan menunjukkan kemahiran kepimpinan yang berkualiti serta efektif.

Diploma Pengurusan Perniagaan


          Diploma Pengurusan Perniagaan


Pengenalan
Program  Pengurusan Perniagaan menyasarkan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentasi pelbagai disiplin perniagaan dan membantu untuk menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Ini adalah satu bidang dinamik pengajian bagi pelajar-pelajar yang ingin membangunkan kemahiran dalam pelbagai kajian seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan juga keusahawanan. Disebabkan sifat fleksibel rangka kerja kursus, pelajar mampu untuk memilih laluan yang sesuai untuk kepentingan mereka, sama ada untuk memasuki pasaran pekerjaan atau untuk melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan. 
Program Pengurusan Perniagaan ini ditawarkan khusus kepada pelajar yang berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang pengurusan perniagaan. Kursus ini menyediakan para pelajar dengan kemahiran serta pengetahuan khusus dalam aspek pengurusan perniagaan secara menyeluruh dan bersepadu serta amat sesuai untuk mereka yang ingin memperoleh pemahaman yang mantap dalam semua aspek perniagaan.
Kurikulum program ini dibentuk untuk memberi pengetahuan asas ilmu pengurusan perniagaan antaranya bidang pengurusan, perakaunan, pemasaran di mana graduan kelak sekurang – kurangnya diharap berkemampuan mengaplikasikan ilmu tersebut untuk membantu membuat keputusan yang tepat kepada majikan di samping memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan para pelajar.Selain kemahiran teknikal ini, para pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri. 
Di akhir semester 4, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 5 bulan bagi mempraktikkan dan meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.
Tempoh pengajian program ini selama 4 Semester.

Prospek Kerjaya
Program ini mampu untuk mendidik dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam bidang yang berkaitan dengan menggabungkan semua aspek kajian perniagaan dan keusahawanan. Oleh itu, graduan mempunyai pelbagai pilihan kerjaya seperti di bawah:
·       Penolong Pegawai Pentadbiran Perniagaan
·       Penolong Pegawai Pengurusan
·       Penolong Pegawai Kerajaan
·       Usahawan E-Commerce
·       Jualan dan Eksekutif Pemasaran
·       Penolong Pegawai Sumber Manusia
·       Perancang Perniagaan
·       Penolong Pegawai Pembangunan Perniagaan
·       Penolong Pegawai Pemasaran
·       Eksekutif Pentadbiran
·       Penolong Pegawai Operasi
·       Usahawan
·       Agen Insurans
·       Penolong Pegawai Khidmat Pelanggan
·       Penolong Operasi Perbankan
·       Penyelidik Perniagaan