TARIKH : 31 Oktober - 5 November 2018
TEMPAT : BEIJING CHINA
KERJASAMA :-
1. KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING
2. BPTV
3. PELAJAR MALAYSIA DI BEIJING
4. KVLC, KVKS, KVSA, KVAS, KV SETAPAK, KVDAS
LINK VEDIO:-
1. klik PROGRAM KERJASAMA DI KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING
BEIJING, 2 NOVEMBER 2018 :
3 Nota Persefahaman (NoU) telah ditandatangani antara Kolej Vokasional
Lebuh Cator (KVLC) dengan institusi vokasional di China iaitu Beijing
Vocational College of Agriculture, Beijing Traffic Technical College dan
Beijing Changping Vocational College. NoU ini telah ditandatangani
oleh Timbalan Pengarah Akademik KVLC, Tn. Hj. Mohamad b. Dahlan dengan
ketiga-tiga pihak pengurusan kolej berkenaan di Kedutaan Malaysia
Beijing.
Proses menandatangani NoU
ini telah disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Republik China, Dato’
Zainuddin b. Yahya, Timbalan Presiden Persatuan Sahabat Beijing (Beijing
People Foreign Friendly Association) Cik Liu Yuhong, Pengarah Seksyen
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)- Beijing, Tn, Hj Abdul
Aziz How Abdullah dan ketua delegasi Malaysia, Pn. Hj. Mahnon b.
Shabudin mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
(BPTV), KPM.
Program yang dianjurkan
oleh Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) dan Kolej Vokasional Kuala
Selangor (KVKS) dengan kerjasama Kolej Vokasional Alor Setar (KVAS),
Kolej Vokasional ERT, Setapak (KVERTS), Kolej Vokasional Shah Alam
(KVSA) dan Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau (KVDLM) , BPTV
dan Seksyen Pendidikan KPM Beijing ini disertai oleh 14 orang pensyarah
dan 5 orang pelajar KVLC daripada keseluruhan delegasi seramai 62 orang.
Menurut Liu Yuhong,
institusi yang terpilih untuk jalinan kerjasama ini adalah yang terbaik
antara puluhan institusi teknikal dan vokasional di China.
Justeru itu, Program
Jerayawara TVET ini disifatkan oleh Dato Zainuddin dalam ucapannya
sebagai satu perkembangan yang baik dan membuktikan kesungguhan pihak
kolej yang terbabit untuk mewujudkan jalinan kerjasama pragmatik antara
kedua-dua buah negara. Beliau juga berharap agar program kolaboratif
ini berjalan dengan baik pada masa akan datang.
“ Semua peserta delegasi
perlu mengambil ruang dan peluang yang terbentang luas untuk menjadi
satu permulaan hubungan dua hala, sekaligus membuktikan keseriusan BPTV
dalam memperkasa TVET di Malaysia dan peringkat antarabangsa” tegas Pn.
Hjh Mahnon dalam ucapan alu-aluannya.
Dalam program ini juga,
semua KV yang terlibat telah memperlihatkan kemahiran masing-masing
melalui pameran di setiap gerai pameran. KVLC telah memperkenalkan 2
projek inovasi yang telah mendapat ‘gold medal’ di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa iaitu Peranti Anti Kecurian Kenderaan dengan Pengesan
Lokasi serta Projek Sel Kering Biojisim.
Dalam lawatan ini juga pihak
Seksyen Pendidikan KPM Beijing dan Persatuan Sahabat Beijing telah
mengatur lawatan ke Jinsong Vocational High School (JVHS), satu sesi
dialog antara pihak institusi dengan delegasi Malaysia juga telah
diadakan. Pihak institusi berkenaan amat mengalu-alukan kerjasama antara
KV Malaysia dengan pihak JVHS pada masa akan datang.
Program Jerayawara TVET
Beijing telah mendapat bantuan yang jitu dan bersungguh-sungguh daripada
Pengarah Seksyen Pendidikan KPM Beijing, Tn. Hj. Abdul Aziz How
Abdullah dan Perwakilan Mahasiswa Malaysia, Beijing. Beliau amat
berharap akan kesinambungan kerjasama ini pada masa akan datang dan KV
boleh meletakkan diri mereka sebaris dengan institusi-institusi TVET
yang lain seperti Politeknik dan Universiti Teknikal di Malaysia.
“ Explore The Skills In You”.
karangan oleh Pn. Latifah Binti Abdul Mutalib
LINK BERKAITAN :-
LINK FACEBOOK
VEDIO 1; PERJALAN KE BEIJING
VEDIO 2 : AKTIVITI DI BEIJING