Saturday, 25 March 2023

Pendaftaran Pelajar Baharu Sijil Vokasional Malaysia 2023

 


TARIKH : 27 Mac 2023

MASA : 8.00 pagi - 1.00 petang

LALUAN : Pintu 2 (Gelanggang Futsal)




 

SENARAI PENTING KEPERLUAN PENDAFTARAN

1. Pastikan semua borang hendaklah dicetak dan lengkap diisi beserta cop pengesahan.

2. Surat tawaran mesti dicetak. Softcopy tidak diterima. (Surat tawaran mesti ditunjukkan semasa mendaftar di kaunter pendaftaran).

3. Jika surat tawaran bercetak tidak ada, pelajar tidak dibenarkan mendaftarkan sehingga surat tawaran bercetak itu tersedia.

4. Hanya seorang wakil ibubapa/penjaga dibenarkan masuk sehingga ke tempat taklimat sahaja. Pelajar akan pergi mendaftar kursus sendiri di tempat yang telah ditetapkan.

5. Sebelum pelajar bergerak ke tempat pendaftaran kursus, pastikan pelajar telah dibekalkan dengan wang secukupnya/resit bayaran online dan borang-borang yang telah lengkap diisi.

6. Pelajar tanpa asrama dibenarkan pulang sebaik sahaja selesai pendaftaran kursus dan mengambil barang di Koperasi KVLC.

7. Bagi ibubapa/penjaga pelajar yang mendapat asrama, diminta bergerak ke kawasan asrama untuk pendaftaran asrama.