Friday 7 December 2018

PROGRAM KERJASAMA DIANTARA KV LEBUH CATOR DENGAN KOLEJ DI BEIJING

TAJUK : PROGRAM KERJASAMA DIANTARA KV LEBUH CATOR DENGAN KOLEJ DI BEIJING
TARIKH :  31 Oktober - 5 November 2018
TEMPAT : BEIJING CHINA

KERJASAMA :-
1. KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING
2. BPTV
3. PELAJAR MALAYSIA DI BEIJING
4. KVLC, KVKS, KVSA, KVAS, KV SETAPAK, KVDAS

LINK VEDIO:-
1. klik PROGRAM KERJASAMA DI KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING  

BEIJING, 2 NOVEMBER 2018 : 3 Nota Persefahaman (NoU) telah ditandatangani antara Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) dengan institusi vokasional di China iaitu Beijing Vocational College of Agriculture, Beijing Traffic Technical College dan Beijing Changping Vocational College. NoU ini telah ditandatangani  oleh Timbalan Pengarah Akademik KVLC, Tn. Hj. Mohamad b. Dahlan dengan ketiga-tiga pihak pengurusan kolej berkenaan di Kedutaan Malaysia  Beijing.
            Proses menandatangani NoU ini telah disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Republik China, Dato’ Zainuddin b. Yahya, Timbalan Presiden Persatuan Sahabat Beijing (Beijing People Foreign  Friendly Association) Cik Liu Yuhong, Pengarah Seksyen Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)- Beijing, Tn, Hj Abdul Aziz How Abdullah dan ketua delegasi Malaysia, Pn. Hj. Mahnon b. Shabudin mewakili Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), KPM.
            Program  yang  dianjurkan oleh Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) dan Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS)  dengan kerjasama  Kolej Vokasional Alor Setar (KVAS), Kolej Vokasional ERT, Setapak (KVERTS), Kolej Vokasional  Shah Alam (KVSA) dan Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja, Rembau (KVDLM) , BPTV dan Seksyen Pendidikan KPM Beijing ini disertai oleh 14 orang pensyarah dan 5 orang pelajar KVLC daripada keseluruhan delegasi seramai 62 orang.
            Menurut Liu Yuhong, institusi yang terpilih untuk jalinan kerjasama ini adalah yang terbaik  antara puluhan institusi teknikal dan vokasional di China.
            Justeru itu, Program Jerayawara TVET ini disifatkan oleh Dato Zainuddin dalam ucapannya sebagai satu perkembangan yang baik dan membuktikan kesungguhan  pihak kolej yang terbabit  untuk mewujudkan jalinan kerjasama pragmatik antara kedua-dua buah negara. Beliau juga berharap agar program kolaboratif ini berjalan dengan baik pada masa akan datang.
            “ Semua peserta delegasi perlu mengambil ruang dan peluang yang terbentang luas untuk menjadi satu permulaan hubungan dua hala, sekaligus membuktikan keseriusan BPTV dalam memperkasa TVET di Malaysia dan peringkat antarabangsa” tegas Pn. Hjh Mahnon dalam ucapan alu-aluannya.
            Dalam program ini juga, semua KV yang terlibat telah memperlihatkan kemahiran masing-masing melalui pameran di setiap gerai pameran.  KVLC telah memperkenalkan 2 projek inovasi yang telah mendapat ‘gold medal’ di peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu Peranti Anti Kecurian Kenderaan dengan Pengesan Lokasi  serta  Projek Sel Kering Biojisim.
            Dalam lawatan ini juga pihak Seksyen Pendidikan KPM Beijing dan Persatuan Sahabat Beijing  telah mengatur lawatan ke  Jinsong Vocational High School (JVHS), satu sesi dialog antara pihak institusi dengan delegasi Malaysia juga telah diadakan. Pihak institusi berkenaan amat mengalu-alukan kerjasama antara KV Malaysia dengan pihak JVHS pada masa akan datang.
            Program Jerayawara TVET Beijing telah mendapat bantuan yang jitu dan bersungguh-sungguh daripada Pengarah Seksyen Pendidikan KPM Beijing, Tn. Hj. Abdul Aziz How Abdullah dan Perwakilan Mahasiswa Malaysia, Beijing. Beliau amat berharap akan kesinambungan kerjasama ini pada masa akan datang dan KV boleh meletakkan diri mereka sebaris dengan institusi-institusi TVET yang lain seperti Politeknik dan Universiti Teknikal di Malaysia.
                                                        “ Explore The Skills In You”.        

karangan oleh Pn. Latifah Binti Abdul Mutalib







LINK BERKAITAN :-


LINK FACEBOOK
VEDIO 1; PERJALAN KE BEIJING
VEDIO 2 : AKTIVITI DI BEIJING